TIPS

Cara Hilangkan Kesan Deodaran Pada Pakaian,Memang Berkesan!

By Nanee Adnan, 29 October 2018

"

Deodoran merupakan produk penting yang wajib ada dalam kehidupan seharian kita. Ia penting untuk memastikan ketiak anda sentiasa harum dan bersih. Namun deodoran juga boleh meninggalkan kesan pada baju anda. Jika perkara ini terjadi, jangan buang pakaian atau menghabiskan wang anda dengan menghantarny ke dobi. Ada cara yang lebih midah dan selamat. Admin kongsikan 5 tips mudah yang anda boleh gunakan.

 

 

 

GARAM

Kaedah ini dapat membantu menghilangkan kesan kotoran lama yang ada pada pakaian anda. Kaedah ini selamat untuk digunakan pada pakaian putih dan juga pakaina berwarna. Ambil sedikit garam dan bersihkan kesan kotoran dan sapu garam ke atasanya. Biarkan selama 8-12 jam atau semalaman, kemudian basahkan pakaian sekali lagi dan sapukan lebih banyak garam. Gosok sedikit bahagian berkenaan dan letakkan pakaian di dalam mesin basuh dan pilih kitaran basuh yang diperlukan. 

 

 

CUKA

Basahkan kesan kotoran dengan cuka dan biarkan ia semalaman. Cuci pakaian seperti biasa. Kaedah ini boleh digunakan pada pakaian yang berwarna , fabrik bulu dan kain semulajadi yang lain. Elakkan menggunakan cuka pada pakaian yang bewarna putih kerana pakaian anda boleh kekuningan.

 

JUS LEMON

Anda juga boleh menggunakan jus lemon untuk menghilangkan kesan deodaran yang baharu. Sapukan beberapa titis jus lemon pada kesan kotoran. Biarkan ia selama lima hingga 10 min dan basuh pakaian dalam air suam.

 

CECAIR AMMONIA

Cecair ammonia berkesan untuk menghilangkan kotoran degil. Untuk hilangkan kesan putih yang terhasil daripada deodarant, campurkan campuran cecair mengikut nisbah 50/50. Basahkan kotoran dengan campuran cecair ammonia dan air dan kemudian bilas selepas beberapa minit.

 

 

Artikel Kredit : Nona Magazine https://www.nona.my/cara-hilangkan-kesan-deodaran-pada-pakaian-dengan-mudah-memang-berkesan/

 

Back To Top