TIPS

8 Tips Packing Untuk Travel Supaya Tak Terpacking Satu Rumah

By Hadiana Sujadi, 15 December 2018
 
“Bawak baju macam nak pindah rumah..! 4 hari je pun.. tapi packing macam pergi sebulan” 
 
Macam pernah dengar je kan. Statistik mengatakan 9 dari 10 wanita tak akan pakai semua baju yang di bawa ketika travel.
 Hahaha… Kak Shant gelakkan diri sendiri ni, sebab dulu setiap hari Jumaat mesti balik rumah parents sampai hari Ahad, tapi bawak baju macam nak penuh kereta. Mesti la, bercuti ni best tapi bab packing tu tak berapa nak best kan. So sudahnya, bawak la semua. Konon-konon nanti takde yang tertinggal, huhuhu. Ok, memandangkan dah hujung tahun ni, mesti ramai yang bercuti atau at least balik rumah parents dan mertua kan. Jom tengok tips packing ni. Mudah - mudahan bermanfaat untuk membantu kita mengemas sebelum kita pergi travel ke mana-mana.
 
 
 
 
 
Rancang Apa Yang Nak Di Pakai
 
Kira bilangan hari anda bercuti (termasuk hari perjalanan dan aktiviti). Aktiviti yang terlibat dan cuaca mesti la sesuai apa yg kita nak pakai. Kalau you alls bakal ke event masa bercuti tu, consider siapa crowdnya. Untuk menghormati majlis, jgn overdress or under dress. Sbb tu kena rancang.
 
"
 
 
 
 
Buat ‘Check List’
 
Bila dah tau baju dan apa yang sepatutnya dibawa, senaraikan supaya tak tertinggal. Sbb ada benda yang last minit blh masuk luggage kan. eg luggage, charger dan toiletries. Harap takde barang yg penting tinggal hehe...
 
 
 
 
Bawa baju yang ‘flexible’
 
Baju flexible ni maksudnya mudah nak matching. Pakai dengan apa sahaja spt jeans, slack, palazzo, skirt dll mesti match je. Selain tu baju yang ‘flexible ‘ ini juga adalah baju yg sesuai di pakai malam & siang.
 
"
 
 
 
Gulung vs Lipat
 
Untuk maksimumkan ruang luggage anda, gulunglah baju supaya menjadi kecil dan nipis. Selain itu, pakaian yang digulung dan disusun rapi di dalam luggage ini juga kurang berkedut. Baru save space luggage lepasni Boleh try Neng Geulis Basics Collection - InsyaAllah semua anti kedut , cantik dan selesa.
 
"
 
 
 
Bawa kasut yang perlu
 
Kalau setakat seminggu, perlu ke bawak 2 sandal yg rupa dia sama je? Tak! Tak perlu pun. Kalau boleh nak bawak semua kasut kan? Tapi sebenarnya tak penting pun, penuhkan luggage je hehe. Jadi bawak kasut yang cantik & comfortable untuk bawak jalan jalan. Make sure kasut tu match dgn apa yg kita nak pakai
 
 
 
Bawa mini toileteries
 
Selalu dapat sampel toileteries kan. So masa yang terbaik nak guna dan habiskan adalah masa travel dan melancong. Kadang-kadang bila melancong, tak sempat beli toileteries di sana, so better bawa sampel2 ni bila lagi nak habiskan kan. 
* #Tipshoneymoon, untuk pengantin baru, best bawa Geulis - Happiness in a Bottle. Mood #honeymoon on terus.. #kebersihan, ‘ke-wangian’ dan kesegaran tu penting tau…hehehe.. (Packaging Happiness in a Bottle yang baru ni memang travel friendly).
 
 
"/
 
 
 
 
 
Simpan aksesori
 
Biasanya bila travel mesti kita bwk mcm mcm aksesori. Mesti hilang atau rosak la kalau bawak jalan jalan. Kalau tak nak serabutkan diri dgn aksesori yg kita bawak, simpan dalam bekas yang mudah kita bawa. Mesti terjaga la barang aksesori (pin tudung, rantai, cincin, brooch)
 
 
 
Pakai baju yang paling sarat masa dalam perjalanan
 
Kalau travel domestic, mungkin jeans. Kalau travel ke luar negara mungkin kasut boots atau pun baju sejuk. Bila buat macam ni, insyaAllah bagasi ualls boleh di isi dengan baju yang lain. Kadang-kadang pasal tak muat sikit terpaksa bawak dua luggage. Tak best kan, nnt takut tertinggal dan paling worst terlebih muatan.
 
 
Selamat bercuti everyone!
Back To Top