5 Tips Penjagaan Instant/Long Shawl

By Admin Admin, 7 December 2018

Mereka yang berhijab semestinya mempunyai jenis dan warna tudung yang pelbagai. Boleh jadi, untuk koleksi tudung je boleh penuh satu almari baju, kan? Sudah ada koleksi sebegitu haruslah dijaga dengan baik. Paling sayang, jika tudung yang biasa dipakai tiba-tiba ‘rosak’ seperti tertarik benang, turun warna atau bercapuk apabila dibasuh. Basuh sekali lagi pun tak juga hilang kesan kotoran. Boleh nangis dan murung satu hari kalau tudung kesayangan rosak. Confirm ramai yang macam ni, kan?. So harini admin nak share tips menjaga tudung, bolehla praktis kan kalau rajin ye :)

 

 

1) Gunakan Fabric Softener

Terpulang jenama dan bauan apa yang anda suka, pastikan instant shawl itu direndam selama 10-15 minit di dalam air suam yang dicampurkan bersama bahan pencuci dan pelembut fabrik. Pastikan bahan pencuci itu jenis cecair ya. Selepas itu, bilas tudung dengan air bersih macam biasa sehingga kesan sabun dan pelembut fabrik tidak melekat pada tudung. Tak perlu perah air terlalu kuat pada tudung, kemudian sidai seperti biasa.

"

 

 

2) Elak Sental Tudung Terlalu Kuat

Tengah sedap-sedap makan, tak sedar pula ada kuah kari tertumpah di tudung. Tak kurang juga berhias secara kelam-kabut sehingga kesan gincu dan maskara terlekat di tudung. Untuk elakkan instant shawl cepat rosak, letak sabun di bahagian terkena kotoran dan biarkan seketika. Kemudian sental dengan menggunakan tangan atau ramas tudung secara lembut dan perlahan sehingga kotoran hilang.

 

3) Jangan Sidai Di Bawah Matahari Terik

Kononnya mahu cepat kering, tapi tudung yang disidai di bawah cahaya matahari yang terik akan menyebabkan warna tudung semakin cepat pudar. Seeloknya tudung disidai di tempat cahaya yang redup. Kebiasaannya fabrik tudung ni ringan, jadi sekejap sahaja boleh kering walaupun tak diletakkan di bawah cahaya matahari secara direct.

"

 

 

4) Jangan Basuh Tudung Menggunakan Mesin Basuh

Tak usahlah malas sangat sampai tudung pun nak dicampak ke dalam mesin basuh bersama baju-baju yang lain. Kalau ada baju yang turun warna, confirm melekat di tudung. Biasakan diri mencuci tudung bersama tudung sahaja. Kalau nak juga basuh menggunakan mesin basuh, pastikan instant shawl anda dimasukkan dalam bekas berjaring supaya fabrik tak cepat rosak. Juga elakkan penggunaan dryer kerana ini akan merosakkan lagi tekstur tudung anda.

 

"

 

 

5) Guna Suhu Rendah Apabila Menggosok

Anda kena tahu suhu apa yang sesuai dengan fabrik instant shawl sebelum menggosok tudung. Contohnya apabila menggosok tudung dari fabrik silk dan chiffon, gunakan suhu yang rendah untuk elakkan tudung daripada terbakar atau berlubang.

Back To Top